Wednesday, May 4, 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah, Alhamdulillah walhamdulillah..
segala puja dan puji hanya bagi-Nya.
Syukur pada-Nya, berbulan lamanya mencari Casa (rumah) akhirnya jumpa jua akhirnya.
kisahnya bermula apabila kami senior2 (senior la sangat.) diberi pilihan samada tinggal di sakan (asrama) atau berpindah, memberi ruang dan peluang kepada adik2 baru yang akan tiba hujung tahun ni yang kononnya dianggarkan dalam 2oo orang ( ramainya la hai...)
memandangkan bilik2 yang ada di sakan sekarang ni pun dah pack macam sardin cap King Cup wajarlah kami akak2 ni beralah mencari casa di luar jamiah (universiti).
berkat usaha dan peluh yang tak putus2, Alhamdulillah casa di Mujamma' Hamra menjadi pilihan. kawasan yang memang strategik. berdekatan dengan pasar, jalan besar utama ke jamiah, berdekatan dengan perhentian bas ke Amman dan Irbid, yang utama berdekatan dengan masjid dan pusat tallaqi Al-Quran (dah macam orang promote rumah baru). jiran Arab setakat ni baik2 belaka (tak kenal sume lg pun)..

ops, lupa nak kenalkan sapa yang menginap di Casa Hermanas ni, kami semua sama tahun pengajian, jadi eloknya kenalkan yang paling bongsu la dengan nama samaran Hamtaro, Wafa, Rushda dan Delisa.

rasanya itu saja untuk muqaddimah Casa Hermanas, inshaAllah ada masa jumpa lagi dengan cerita2 dari kami penghuni 'CASA HERMANAS'..

salam ukhwah (^^,)

No comments:

Post a Comment