Wednesday, May 4, 2011

Duit Ngalir Macam Air Kot..=)

   Firstly nak cakap pasal sewa.Sewa Casa Hermanas pada mulanya JD150,tawar punya tawar,akhirnya tuan rumah bagi kurang JD145 termasuk air,JD5.. Alhamdulillah,at least ada jugak kurang kan..=) Disebabkan las hermanas (adik beradik) yang tinggal di casa ni ada 4 orang, jadi setiap seorang perlu sediakan JD36.25 pada setiap awal bulan untuk bayar sewa (Jd145/4=JD36.25)..
    Setiap awal bulan,kita orang akan dapat panggilan misteri dari peguam.Mula-mula, ingat dia nak tawar kerja jadi peguam jugak macam dia,rupa-rupanya nak bagitahu suruh bayar duit sewa..Bagus-bagus..
    Untuk segala urusan keluar masuk duit Casa ni, kitaorang sediakan jadual khas (Home Expenses Schedule) kepada setiap ahli rumah. Setiap seorang wajib catat segala perbelanjaan rumah dalam jadual tu sebab selepas seminggu atau dua minggu, jumlah perbelanjaan akan dikira dan dibahagi empat. Kitaorang buat macam ni supaya adil..Biar segala perbelanjaan dikongsi bersama secara rata..Kesian plak kalau diorang keluar duit banyak,sedangkan saya cuma keluarkan 0.50sen setahun..Tapi ok jugak kalau saya spend 0.50sen je kan?Oh hermanas ku,korang baca kan statement ni?=)
     Anyway,sekarang nak cakap pasal first budget plak.Duit permulaan yang kitaorang peruntukkan masa mula-mula masuk casa ni,JD341..termasuk sewa, karpet, gas,dapur gas dan alatan rumah yang lain..
     So,Rasanya tu je kot laporan kewangan setakat ni..
                        selamat tengahari dari kami!penat2 baca tu relax la kejap makan yogurt ni.sila2.hehe

No comments:

Post a Comment