Antik ke?Takde lah antik, saja nak mencari keistimewaan meja tu. Disebalik kejahatan pun kadang-kadang terselit kebaikan.Bukankah begitu?Sejahat-jahat manusia,ada jugak baiknya.Macam tu jugak lah meja tu.
Apa cerita meja ni sebenarnya? Macam ni, pada petang yang indah, setelah selesai membeli gas dan dapur gas, kitaorang pun mulalah jalan-jalan di sekitar balad(pasar) untuk mencari meja.Sebab nak guna untuk letak dapur gas. Cari punya cari, akhirnya "Court Mammoth" (kedai besi tepi lahm) menjadi pilihan. Pastu,jumpalah meja antik tu. Harganya JD5. Mula-mula tak puas hati jugak, sebab mahal sangat dinisbahkan dengan meja tu. Meja tu bukanlah baru pun, kotor dan kurang kukuh. Jadi,kitaorang pun mintak kurang JD3.Berkat penat lelah kitaorang minta kurang, akhirnya tuan kedai tak bagi jugak kurang.Alhamdulillah,rezeki dia..=) Paling kurang dia bagi,JD4..Kitaorang pun setuju dan buat akad jual beli sebab takut takde masa nak pergi cari meja lagi pastu.
Selepas selesai beli meja tu, kitaorang tahan la pick up (kenderaan) tepi jalan untuk hantar kitaorang ke casa.Di sinilah kitaorang mula kenal pak cik pick up tu. Dia baik sebab dia pun setuju yang harga meja yang kitaorang beli tu tak berbaloi. Dia kata pak cik Court Mammoth cekik darah.huhu...Pak Cik Pick Up yang cakap,bukan kitaorang. Kitaorang angguk je..=)
Sebab kedua kenapa kitaorang cakap pak cik pick up tu baik, sebab dia tolong angkut meja sampai depan pintu casa kitaorang.Sebab ketiga plak, kalau dari universiti ke rumah,dia ambik JD 1.5 je. Not bad la berbanding Jd2..
Keesokannya, kitaorang nak ambik barang dari jamiah ke casa. Teringat pulak offer pak cik pick up semalam..Jadi kitaorang pun call dia. Bila selamat sampai di casa, tiba-tiba plak pak cik pick up berubah. Mungkin berjangkit dengan pak cik court mammoth semalam kot..Sedih..huhu..
Hermana : Syukran ya mu'allim.Dinar wa nus soh?
Pak Cik : Lak wallah.JD3.
Hermana : What?!Qulta dinar wa nus?
Pak cik : Lak...(sambil buat muka)
Hermana : Mumkin dinarain wa nus?
Pak cik : Lak. La yajuz.
Hermana : Mashi,Hazihi akhir marrah attasil bik.
Pak cik : Yallah i'thini dinarain wa nus.
Hermana pun bagilah JD2.5 kat pak cik tu sambil berlakon buat muka tak nak call dia lagi pasni.=) Dengan muka serba salah,pak cik pun berlalu pergi..Tapi,seriously, tu memang last kitaorang call dia..Niat kitaorang nak bagi dia fikir perbuatan yang dia buat. Kalau dia jujur, pelanggan takkan lari kot..=)
"Barangsiapa yang membuka jalan kepada menuntut ilmu, Allah permudahkan jalannya ke syurga"(Sabda Rasulullullah SAW)
Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts
Wednesday, May 4, 2011
Alhamdulillah
Alhamdulillah, Alhamdulillah walhamdulillah..
segala puja dan puji hanya bagi-Nya.
Syukur pada-Nya, berbulan lamanya mencari Casa (rumah) akhirnya jumpa jua akhirnya.
kisahnya bermula apabila kami senior2 (senior la sangat.) diberi pilihan samada tinggal di sakan (asrama) atau berpindah, memberi ruang dan peluang kepada adik2 baru yang akan tiba hujung tahun ni yang kononnya dianggarkan dalam 2oo orang ( ramainya la hai...)
memandangkan bilik2 yang ada di sakan sekarang ni pun dah pack macam sardin cap King Cup wajarlah kami akak2 ni beralah mencari casa di luar jamiah (universiti).
berkat usaha dan peluh yang tak putus2, Alhamdulillah casa di Mujamma' Hamra menjadi pilihan. kawasan yang memang strategik. berdekatan dengan pasar, jalan besar utama ke jamiah, berdekatan dengan perhentian bas ke Amman dan Irbid, yang utama berdekatan dengan masjid dan pusat tallaqi Al-Quran (dah macam orang promote rumah baru). jiran Arab setakat ni baik2 belaka (tak kenal sume lg pun)..
ops, lupa nak kenalkan sapa yang menginap di Casa Hermanas ni, kami semua sama tahun pengajian, jadi eloknya kenalkan yang paling bongsu la dengan nama samaran Hamtaro, Wafa, Rushda dan Delisa.
rasanya itu saja untuk muqaddimah Casa Hermanas, inshaAllah ada masa jumpa lagi dengan cerita2 dari kami penghuni 'CASA HERMANAS'..
salam ukhwah (^^,)
Subscribe to:
Posts (Atom)

