Showing posts with label alkesah. Show all posts
Showing posts with label alkesah. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Diserang hendap

Lama rasanya tak menghapdet blog Casahermanas ni. Rindu plop [berjangkit dgn org ganu]. Well besa la, kami ni student nak selalu hapdet kena tunggu aura aurora datang + tenet pn baru je chek-in di casa kami, skrg baru la blh cite2 kn ;). Even hari ni baru satu madah untuk final exam untuk fasal soifi, tapi masih lg diberi kesempatan mengayat di blog ni..hehehe..tak lain tak bukan sebab kisah kejadian baru2 ni la.Citernya bilamana kami diserang hendap tapi bukan macam kes Dori hari tu..hahaha..[tak boleh ingat] Kes kali ni peliks bin ajaib sket,kami tak nampak dia tapi dia nampak kami..haa macam cite horror tak? kalo nak tengok die kena guna skill yang maha mantap dan terror, setakat ni hanya Rushda je yang boleh nampak sebab maqam die tinggi sket dari kami yang baru mustawa mutaqqim ni.
Benda ni keluar time matahari dah melabuhkan tirainya, senja2 macam tu la.maka dia akan bermaharajalela dalam rumah kami especially kat bilik sebelah yang banyak warna2 biru..hehehe..Sian Wafa, dia mangsa pertama,habis kaki kena gigit.Rushda pn nyaris kena tapi sebab maqam dia tinggi jadi dia dapat lawan siap guna air panas lagi..memang maha mantap! dia guna air panas bukan nak hapuskan benda tu, tapi nak basuh baju dia yang dh terkena badi benda tu.heh~

Puas kami cari kat mana asal usul negara mana dia datang dan area mana dia selalu lepaks, cari punya selongkar. akhirnya..port dia kat patung2 dorang.tu la orang kata jangan beli, simpan banyak sangat patung2 ni kang dia hidup, memang hidup la patung tu, hidup dengan benda lain.[lawaks sj] Habis ayat dah baca kat benda tu, tak jugak keluar2, last2 kami ambik penyapu sapu..bertempiaran lari kot..bukan sekor tapi berekor2..tu dia baru nampak rupanya,mak aih sikit punye cun + cute siap bulu2 lagi..gelis n takut kot tengok.eeeeiii..
hangpa nak tau apa dia? sat na, kami sempat tangkap guna diselar casa.. 

 

Ni la dia,geli?Takut?
tak nampak lagi?
amboi.


hah tu dia, ambik, nampak?tak nampak lagi tak tau la..

Ni la benda tu, hangpa jangan dok pikiaq len plak. Casa kami tak dak macam yang hangpa dok pikiaq, berangan berantu tu..ops..hehe..inshaAllah Casahermanas masih suci lagi menyucikan. Petua dia imarahkan selalu dengan bacaan Al-Quran, jangan gelak kuats2 sangat, boleh tercabut gigi. Nama timangan kami bagi kat dia Pepijat, orang kampung kami panggil dia Bed Bug, tomey kn. Orang kata pijat ni memang suka lepaks kt tilam2, bantal2, anak patung2 etc.Tapi yg menjadi kemusykilan kami seisi rumah adalah dari mn dia mai? kami memang tak bela apatah menternak benda alah ni, meng alahkan badan ada la. Orang2 kat sawah padi kata, eh orang2 kt sini kata, 'adi, kalo dok uma baru memang pijat ni akan mai, bukan setakat Casahermanas ja Qasr Haura' pun menjadi mangsa pijat ni, jaulah habis pijat2 ni,jauh perjalanan. Habis sume dia gigit, rumah len tak tau la macamana, depa tak habaq plak.

Pijat ni memang pandai, kalah mas Mujib,pelajar imtiyaz kat jamiah, pijat ni dia isap darah,mula2 tak rasa gatal lagi esok2 baru kita rasa kegatalan dia tu, kalo nyamuk terus kita rasa kan tapi pijat ni cerdik, dia tinggal kesan dulu then baru rasa gatal yg amat sangat, kalau garu tu memang boleh tinggal kesan sampai bengkak tak caya tgk mangsa2 kejadian [maaf gambar tidak disiarkan atas arahan PM]  sian kan, nightmare dibuatnya.

Proses kejadian bed bug or pepijat

Macam2 dah kami buat,ceh,gaya macam dh banyak cara je padahal baru guna sabun dan ridsect je pn maklum la bygon tak jumpa lagi kt Joden ni. susah ngak nk mati pijat ni, dah la kecik telur plak banyak, telur dia warna putih bila dah menetas akan jadi warna hitam. Kami cuba kt tanya syeikh google apa cara nk hapuskan pijat2 ni, macam2 jawapan syeikh google bg, tumbuk bawang putih then tabur la, letak clorox, jemur tilam [yg ni kami dh buat] bla22...tapi de satu cara yg kami rasa menarik tertarik untuk dicuba yg kami akan cuba tak lama lagi, itupn kalo kami jumpa bahannya kt Mafraq or Joden ni,Thinner cat! kena betul2 aim kt pijat tu inshaAllah memang mati lepas tu. boleh sembur kt celah2 tingkap inshaAllah tujuh keturunan tak kan ada pijat a.k.a bed bug tu. 

Amaran Kementerian Kesihatan : untuk semburan keatas tilam, bantal, selimut, perlu ada backup sarung untuk keselamatan kesihatan anda.

Itu la serba sedikit kisah kami, untuk makluman juga, waktu soifi [musim panas] ni memang segala serangga yg kecik2 ni akan keluar bermaharajalela, habis diajak anak beranak nenek moyang dia berpoya2 kt luar. jadi berhatilah anda semua yg berada di luar sana.. Sendiri kena sendiri mau tanggung.=


Salam Ramadhan dari kami sekeluarga di Casahermanas.
Ramadhan Bulan Perubahan dan Kekuatan, Transformasikan Ramadhan anda. 












Thursday, May 19, 2011

Pecah rumah!!

Di suatu malam yang hening.sedang asyik Dory menelaah buku pelajaraannya..

"eh,ada bau rokok lah" Latifah terhidu.

"die tutup!! die tutup!!" Dory,meluru ke arah Lilo dan Stich yang tengah study dengan muka cuak tahap tertinggi. setinggi gunung everest barangakli. Latifah turut meluru masuk ke bilik. Sassy yang tengah melayan handphone 'tiroid' terpegun seketika.
"ape?" Stich menganalisa maksud Dory,cuba untuk bertenang.

 Dory memeluk lengan Lilo sambil berkata,
"die tutup!! die tutup!!!!"
"tutup ape??" terbayang di kepala pencuri bersedia masuk ke ruang tamu melalui tingkap beranda.
"semua masuk bilik dan kunci pintu tu" Stich bersuara.

Sassy serta merta bangun mencari kunci padahal kunci memang dah melekat kat tombol.Maklumlah tengah kelam-kabut!

"henset,henset ade kat ruang tamu!!
"ish,pegi ambik cepat!!sementara ni ambik barang-barang berharga kat bilik sebelah n bawak sini"
Stich bangun ingin menolong.

"Latifaaah, tutup lagu kat enset tuuu....ambik henset tuuu...!!"
Lilo masih dalam keadaan bingung,tak faham apa yang sedang berlaku.

Latifah dan Dory keluar dari bilik sambil terbongkok-bongkok melepasi pintu rumah.
kenapa terbongkok-bongkok ni? Stich kehairanan.

"Oiiiii!!yang korang maksudkan tutup tu,tutup lubang ni ke??!!!!" sambil menunjuk ke arah EAGLE EYE di pintu rumah.
suasana sepi seketika......
dan Lilo masih lagi bingung..........................


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAAHHAHAHA!!!!!!

faham ke?

sebenarnye,lubang tu takde sape pun yang tutup.pencuri ke,ammu ke.dah memang kat tangga rumah kami tu lampu nye takde.maklum la,zaman canggeh manggeh ni semuanya auto.akan datang pakai niat je.
sebab tu la bila intai gelap je!!alahai Dory,Dory bayangkan yang si isap rokok tu tutup jari dia kat lubang tu.panik dia tu.terpinga-pingga orang lain.

banyak betul la alkesahnya.